Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali
sebagai ‘Ayat Al-Kursi’ ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.
Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW,
dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang
menjadi perintang dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera
memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta
menyebarkannya.
Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya
terdapat perkataan ‘KURSI’, bermaksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang
Mempunyai Martabat’. Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis
langit dan 7 lapis bumi.
Lafaz
bacaan dari huruf Arab ke huruf Rumi:
Allahu
Laa Ilaaha Illa Huwal Hayyul Qayyumu. Laa Ta’khudzuhuu Sinatuw Wa Laa Nauum.
Lahuu Maa Fissamaawaati Wa Maa Fil Ardh. Man Dzal Ladzii Yasfa’u ‘Indahuu Illaa
Bi Idznihi. Ya’lamu Maa Baina Aidiihim Wa Maa Khalfahum. Wa Laa Yuhi Thuuna Bi
Syai-In Min ‘Ilmihii Illaa Bi Maasyaa-A. Wasi’a Kursiyyuhussamaawaati Wal
Ardha. Wa Laa Ya-Udhuu Hifzhuhumaa Wahuwal ‘Aliyyul Azhiim.
Artinya :
"Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal
lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur
KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi
syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan
mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu
Allah
melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi
langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah
Maha Tinggi lagi Maha Besar". (QS : Al-Baqarah : 255)
Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)
Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah
Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang
diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:
Pertama : Orang yang
selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia
memelihara Nabi Muhammad SAW.
Kedua : Sesiapa
berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan
darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut
bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
Ketiga : Sesiapa membaca
Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat
kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
Keempat : Sesiapa sentiasa
membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya
kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
Kelima : Membacanya dapat
menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
Keenam : Sesiapa
membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan
pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
Ketujuh : Sesiapa pulang ke
rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan
matanya.
Kedelapan : Sesiapa
dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian
berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan
dan kejahatan pembesar.
Kesembilan :
Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya
dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
Kesepuluh : Ayat Kursi yang
dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin
terbakar.
Kesebelas : Sesiapa
membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
·
Di tengah malam atau dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil
hajatnya.
·
Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah
Subhanahu wa Ta’ala.
·
Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
· Terlepas dari masalah dan kesukaran serta
dimudahkan rezeki dan cita-cita.
Keduabelas :
Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu,
ia akan;
· Berada
dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipudaya
dan ganguan syaitan.
· Allah
menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang
benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
· Allah
akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga
mati syahid.
· Terpelihara
dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang
berjihad beserta para Anbiya.
· Allah
Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
· Dikurniakan
pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang
siddiqin iaitu syurga.
Ketigabelas :Sesiapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
· Allah
SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga
subuh.
· Allah
akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur
menurut bilangan rambut dibadannya.
· Terselamat
dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
· Allah
mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
· Jika
sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
Keempatbelas
:Mereka
yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
· Mendapat
pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
· Terhindar
daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat
pencuri daripada memasuki rumah.
· Allah
akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
Khasiat Ayat Kursi:
Khasiat menurut ramai alim ulama terdahulu, antaranya;
Pertama :
Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak
hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian
diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima
ilmu pengetahuan.
Kedua :
Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca
ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan hidup berjiwa
tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya,
dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang
akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.
Ketiga
:
Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan
hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam
segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya,
diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang
dituntutnya.
Keempat :
Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah
ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi.
Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap
ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170
kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
Kelima :
Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca
ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi
Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya
pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia.
(dari kitab Khawasul Qur’an).
Keenam :
Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan
menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah
kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali
ialah azab neraka.
Ketujuh :
Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi
Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada
benteng pertahanan Rasulallah SAW.
Kedelapan :
Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan
bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru
rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
Kesembilan :
Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul
selepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan
yang tidak terduga.
Kesepuluh :
Jika berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama menduduki rumah itu,
eloklah membaca ayat Kursi 100 kali, Insya Allah anda sekeluarga terhindar
daripada gangguan zahir dan batin.
Kesebalas :
Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi & Surah Al Nash dan
diniatkan lalu ditiup pada tengah kepala anak-anak, nescaya boleh menjaga
keselamatannya, memudah menerima nasihat dan ia tidak akan bercakap dusta lagi.
Keduabelas :
Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca
ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja
atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka
dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan
manusia antaranya:
· Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat
pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ),
penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan
syaitan.
· Terselamat daripada kejahatan seperti kes
ragut, rogol, kecurian, mahupun terkena
pembuli jalanan.
· Dijauhkan dari musibah jalanan seperti
ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya.
Semua khasiat dan fadhilat di atas tidak akan berlaku
tanpa izin Allah SWT, bergantung atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah
kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT dan RasulNya
Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu carilah keredaan Allah SWT dengan melaksanakan
segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya di samping berikhtiar
dengan sesungguh hati.
Wallahu A’alam Bissowab
Sumber : shafiqolbu
0 komentar:
Posting Komentar